• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Bantu Rakyat Malaysia Diberhentikan Kerja

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kerajaan Singapura akan membantu pekerja yang terpaksa diberhentikan termasuk rakyat Malaysia selepas perniagaan majikan mereka terjejas teruk oleh koronavirus (Covid-19), menurut Kementerian Tenaga Kerja (MOM).

Menteri Josephine Teo berkata, kementeriannya boleh membantu menghubungkan pekerja yang terjejas dengan bakal majikan yang ingin mengisi kekosongan dan sedang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Josephine ketika bercakap pada satu sidang akhbar oleh Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai Covid-19 berkata, pengaturan telah dibuat sekiranya pekerja-pekerja ini memilih untuk tinggal di Singapura dan sedang mencari majikan baharu.

Beliau berkata, ada sesetengah pekerja Malaysia yang terjejas dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia telah memutuskan untuk meninggalkan Singapura.

Kementerian itu sebelum ini pernah memberitahu PKP telah memberi impak bukan sahaja kepada pemegang pas kerja Malaysia tetapi juga warga Singapura serta penduduk tetap yang pulang setiap hari dari Malaysia.

“Ada beberapa pekerja ini yang mula rindu rumah masing-masing atau mempunyai alasan lain untuk menyertai semula keluarga mereka di Malaysia,” kata menteri itu.

Josephine berkata, sesetengah daripada mereka berhasrat untuk kembali bekerja ke Singapura selepas semuanya kembali normal.

“Kami telah berbincang dengan majikan mereka untuk melaksanakan cuti tanpa gaji untuk mereka. Pengaturan ini sedang berjalan.

“Jika masih ada keperluan untuk Notis Tinggal Di Rumah” (SHN), mereka juga perlu memikirkan keadaan tersebut bagi pekerja mereka,” katanya.

SHN memerlukan seseorang untuk tinggal di tempat kediaman mereka sepanjang tempoh 14 hari.

Malaysia pada 25 Mac lepas telah melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April berbanding 31 Mac untuk membendung penyebaran Covid-19.

Tags: Covid-19pekerja malaysiaperintah kawalan pergerakanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd