• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Penghantar Makanan Dibenar Beroperasi Bulan Ramadan

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 40 syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing sedia ada dan penghantar makanan restoran makanan segera dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu pengusaha makanan di kawasan luar bandar dan bandar kecil yang menggunakan khidmat penghantaran syarikat lain ataupun individu juga boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata semua penghantar makanan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan perlu menjalani saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau klinik swasta berdekatan untuk memastikan tahap kesihatan mereka.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Syarat-syarat yang dikenakan ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan.

“Kita mahu menjaga kesihatan mereka kerana mereka akan menghantar secara terus kepada pelanggan dan sudah tentu berlaku keadaan bersemuka antara mereka dan pelanggan yang memesan makanan dan demi kepentingan mereka, kita minta mereka disaring,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. 

Beliau berkata, syarikat e-hailing juga perlu memastikan setiap pekerja mereka menjalani saringan kesihatan. 

“Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat e-hailing yang beroperasi manakala bagi restoran makanan segera, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengeluarkan arahan sama. 

“Syarat-syarat yang dikenakan ini bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan pembukaan gerai atau bazar Ramadan secara berkelompok adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengenai bazar Ramadan, beliau berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulangkan deposit yang dibayar kepada peniaga yang terlibat.

“Saya difahamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan (Tan Sri Annuar Musa), bagi kawasan Kuala Lumpur, DBKL akan memulangkan semua deposit melibatkan peniaga bazar Ramadan yang kita tak benarkan (beroperasi),” katanya.

Tags: e-hailingPenghantar makananperintah kawalan pergerakanramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd