• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Kes Baharu Covid-19 Di Simpang Renggam

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatat peningkatan sebanyak sembilan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif di kawasan PKPD itu meningkat kepada 210 kes.

“Pertambahan sembilan kes baharu itu melibatkan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, manakala lain-lain lokaliti kekal sama,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di sini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Hulu Langat pula mencatatkan pertambahan enam kes baharu menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 437.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, setakat hari ini, sebanyak 24,805 sampel ujian Covid-19 diambil daripada kluster kumpulan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu 1,924 positif manakala 20,494 adalah negatif.

Terdapat pertambahan empat kes baharu melibatkan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali, empat kes baharu bagi kluster flat di Kampung Baru dan dua kes bagi kluster madrasah di Jerantut, Pahang.

Tags: Covid-19KKMPKPDSimpang Renggam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

27/06/2026
0

SIMPANG RENGGAM - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad mengiringi Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Pusat Penamaan Calon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd