• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tangguh Solat Di Masjid, Surau Hingga 31 Mei

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti ceramah dan kuliah di semua masjid, surau dan musolla di Selangor dilanjutkan sehingga 31 Mei depan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, walaupun dengan berat hati, titah baginda itu demi kesejahteraan rakyat di Selangor.

“Baginda menzahirkan kebimbangan terhadap 6.5 juta penduduk Selangor yang mungkin akan terdedah kepada jangkitan wabak ini sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dengan bersungguh-sungguh.

“Justeru, baginda menitahkan agar tempoh penangguhan solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti ceramah dan kuliah di semua masjid, surau dan musolla di Selangor dilanjutkan sehingga 31 Mei depan.

“Namun demikian, jika sekiranya wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin juga bertitah agar solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zuhur dan solat fardu serta solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan tahun ini hendaklah dilakukan di rumah masing-masing.

“Setiap rakyat perlulah lebih serius dalam usaha mencegah jangkitan wabak ini dengan duduk di rumah, menjaga kebersihan diri dan kesihatan serta mengamalkan penjarakan sosial.

“Patuhi peraturan dan arahan Kerajaan serta ikuti garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Baginda menegaskan adalah sangat penting supaya semua perkara itu dipatuhi bagi mengelakkan rakyat berhimpun atau berkumpul yang boleh meningkatkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, baginda juga dalam titahnya berharap tidak ada lagi rakyat negeri ini yang akan dijangkiti dan meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Beliau berkata, sejak akhir ini, baginda dukacita dengan penyebaran berita dan video palsu berkaitan wabak ini yang semakin menular.

“Baginda juga mengingatkan semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mereka-reka berita palsu yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

“Baginda juga berharap agar rakyat tidak mudah mempercayai dan hendaklah menyemak terlebih dahulu kesahihan setiap berita yang diterima di media sosial,” katanya.

Katanya, baginda turut menyeru rakyat supaya terus memperbanyakkan doa agar Selangor dijauhi dari wabak penyakit dan bala bencana yang boleh menyebabkan kematian.

“Baginda mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441 Hijrah dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam dan semoga semua amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah,” katanya. – myMetro Online

Tags: selangorsolat jemaahsolat JumaatSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aplikasi Bnmsafe (8002) Alat Perdaya Mangsa

Next Post

PKP: Kedai Gunting Rambut, Salun Tak Dibenar Beroperasi

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

PKP: Kedai Gunting Rambut, Salun Tak Dibenar Beroperasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd