• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selain Ijtimak Tabligh, PH Lulus Fiesta Belon Udara Panas

oleh
20/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, gabungan itu tidak berhasrat untuk menghentikan mana-mana acara awam lain sama seperti himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Sebagai contoh, beliau merujuk keputusan PH untuk meneruskan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya, yang diumumkan oleh (bekas) menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad pada 23 Februari, dan dijadualkan diadakan pada 19-22 Mac.

“PH perlu bertanggungjawab untuk kluster Covid-19 terbesar negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, merujuk kepada jangkitan wabak itu yang berpunca daripada peserta himpunan jemaah tabligh yang membabitkan 1,950 individu.

Najib berkata demikian berikutan tuduh-menuduh antara Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dengan bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalannya, Dr Lee Boon Chye berhubung pihak yang bertanggungjawab membenarkan himpunan itu diadakan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Terdahulu Adham berkata, Dzulkefly gagal menghentikan himpunan itu, tetapi ahli Parlimen Kuala Selangor itu membalas dengan berkata, tanggungjawab itu terletak pada menteri dalam negeri ketika itu, iaitu Muhyiddin Yassin, yang kini merupakan perdana menteri.

Sementara itu, Lee terdahulu hari ini dilaporkan berkata, virus itu tersebar daripada perwakilan dari negara yang terjejas yang datang ke Malaysia untuk menyertai himpunan berkenaan..

“Kita (KKM) tidak tahu adanya peserta dari luar negara yang menyertai himpunan itu. Jika tidak, kita pasti menghalangnya,” kata Lee.

Bagaimanapun Najib berkata, Khalid melancarkan acara belon udara panas itu seminggu sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Fiesta itu dijangka menarik lebih 200,000 hadirin sebelum ia ditangguhkan pada 6 Mac.

“Adakah fiesta antarabangsa juga akan halang warga asing? Nampaknya memang benar kata Khalid, kerajaan PH dahulu memang tak ada isu untuk luluskan acara tabligh dengan 16,500 peserta ini,” kata Najib merujuk kepada kenyataan Khalid di Twitter mempertahankan Dzulkefly.

Khalid berkata, “tidak ada isu” himpunan itu diluluskan pada 12 Februari kerana “gelombang pertama (Covid-19) terkawal.” – FMT

Tags: belon udara panasCovid-19Khalid SamadNajib Tun Razakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tazkirah Bergilir Selepas Subuh Waktu PKP

Next Post

“Bang…Nak Sos A Ke Nak Sos B?”

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

"Bang...Nak Sos A Ke Nak Sos B?"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd