• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambung Atau Tak PKP, Bergantung Nasihat KKM

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung atau tidak hingga Jun ini, bergantung kepada nasihat diberikan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, masih ada baki tiga peratus kumpulan yang ingkar dengan arahan itu.

“Malah, semalam memang ada penurunan jumlah pematuhan tetapi tidak sampai satu peratus.

“Ada kawasan berlaku pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya dan polis sudah mengambil tindakan tegas dan tidak lagi akan berkompromi.

“Mengenai cadangan PKP mungkin sehingga Jun, saya kira itu pandangan Ketua Polis saja berdasarkan perkembangan pematuhan peraturan PKP itu tetapi sama ada diteruskan atau tidak semuanya atas nasihat Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar harian pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ismail Sabri berkata, kadar pematuhan masih kekal pada 97 peratus walaupun berlaku sedikit penurunan semalam.

Katanya, sebanyak 799 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara semalam dengan 545,182 kenderaan diperiksa, manakala 59,590 pemeriksaan mengejut di 6,907 premis.

“Seramai 612 individu ditahan semalam dengan 590 direman manakala 15 orang dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini, 337 individu dituduh di mahkamah kerana mengingkari arahan PKP dengan jumlah keseluruhan ditahan adalah 9,702 individu,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd