• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM3.5 Bilion Dividen Akan Dibayar Kepada Kerajaan – BNM

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen RM3.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding RM2.5 bilion pada 2018 dan ia merupakan baki keuntungan bersih bank pusat itu.

Laporan tahunan BNM 2019 memaklumkan bahawa bank pusat telah menjana keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM8.93 bilion berbanding RM7.52 bilion pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan jumlah (RM8.93 bilion) tersebut, BNM telah mengagihkan RM5.40 bilion kepada rizab risiko berbanding RM5 bilion pada 2018. Rizab risiko ini bertindak sebagai penampan kewangan yang penting terhadap sebarang kesan kerugian luar jangka yang boleh berlaku akibat keadaan pasaran yang tidak menentu dan di luar kawalan bank.

“Keadaan pasaran yang tidak menentu termasuk pergerakan kadar faedah di Amerika Syarikat dan negara-negara ekonomi maju yang lain, turun naik pertukaran wang asing dan ketidaktentuan pasaran ekuiti global,” menurut BNM dalam laporan itu.

Laporan itu turut menekankan bahawa bank turut terdedah kepada ketidaktentuan pertukaran mata wang asing disebabkan oleh pelaburan rizab adalah dalam mata wang antarabangsa manakala liabiliti bank adalah dalam ringgit.

Menurut BNM, badan tersebut tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan bagi  membiayai operasi harian meskipun statusnya adalah sebagai badan berkanun.

“Operasi bank dibiayai oleh pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan bank dalam rizab antarabangsa negara,” kata BNM dan menurutnya ia telah menjana pendapatan bernilai RM11.13 bilion pada 2019 berbanding RM9.33 bilion pada 2018, selepas ditolak kos berkaitan pengurusan portfolio rizab antarabangsa dan kos menjalankan operasi monetari. 

Daripada jumlah pendapatan itu, bank mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2.16 bilion pada 2019 berbanding RM1.77 bilion pada 2018  untuk mengurus dan mentadbir operasi harian (perbelanjaan berulang) dan projek jangka panjang, kata BNM.

Selain itu ia turut melibatkan operasi mata wang bank dan perbelanjaan untuk menyelenggara infrastruktur pembayaran negara.

Sehingga 31 Disember 2019, jumlah aset BNM meningkat kepada RM451.6 bilion berbanding RM447.64 pada 2018 dan portfolio rizab antarabangsa berjumlah RM424.09 bilion, menyumbang 94 peratus kepada aset BNM.

Liabiliti bank pusat berpunca terutamanya daripada deposit institusi kewangan (RM163.71 bilion) manakala mata wang edaran sebanyak RM114.1 bilion. 

Tags: Bank Negara MalaysiaDividen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berbelanja Di Pasar Segar Fama Tak Lebih 20 Minit

Next Post

Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

Next Post

Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd