• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRIHATIN Berita Gembira Ditunggu-Tunggu Penjaja

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada peniaga dan penjaja kecil yang bergantung kepada hasil jualan harian berikutan mereka tidak dapat berniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memutuskan rantaian virus itu.

Bagaimanapun, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, adalah khabar gembira yang memberi sedikit kelegaan kepada golongan itu dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Peniaga nasi lemak dan kuih-muih, Rose Shitah Ishak, 42, mengakui selepas kerajaan mengumumkan penguatkuasaan PKP pada 18 Mac lepas, dia dan suami, Mohd Fahmi Mohd Noor, 45, bimbang kerana mereka tiada pendapatan tetap dan bergantung sepenuhnya pada hasil jualan harian kira-kira RM100 sehari. 

“Simpanan kami juga tidak banyak. Lima anak yang semuanya sedang bersekolah dari tahun satu hingga tingkatan tiga perlu diberi makan walaupun tidak ke mana-mana dan hanya duduk di rumah. Selepas pengumuman PRIHATIN, saya dan suami dapat menarik nafas lega dengan bantuan yang akan kami dapat daripada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Rose Shitah menyifatkan pakej PRIHATIN itu sebagai berita baik yang amat ditunggu-tunggu dan sangat membantu di saat sukar begini kerana sekurang-kurangnya dia dan keluarga mempunyai wang untuk membeli makanan.

“Mungkin dalam minggu depan saya dan suami merancang untuk berniaga semula dengan menghantar pesanan dari rumah ke rumah. Ini sebagai tambahan kepada bantuan yang diberikan kerajaan,” katanya yang turut bersyukur menikmati moratorium bagi pinjaman kereta dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dilaksanakan mulai 1 April.

Bagi Ku Mohd Ridzuan Ku Zaki, 48, peniaga mee udang dan nasi daging, menyifatkan penangguhan bayaran pinjaman kereta dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat membantunya membayar gaji pekerja di kedai makannya walaupun mereka tidak menjalankan perniagaan dalam tempoh dua minggu pertama pelaksanaan PKP.

Beliau yang berniaga di Sungai Dua, Butterworth berkata dua pekerjanya yang juga ibu tunggal tiada pendapatan lain selain daripada gaji yang diterima daripada kedainya.

“Bantuan yang kami akan terima nanti sangat membantu saya untuk belanja rumah dan boleh digunakan sebagai modal untuk mula berniaga. Sejak 1 April, saya dan isteri mengambil tempahan untuk dihantar ke rumah pelanggan, jika sambutan menggalakkan mungkin saya boleh panggil dua pekerja kembali bekerja dari rumah kami.

“Kita sama-sama membantu antara satu sama lain dalam keadaan sekarang. Apa-apa pun terima kasih kerajaan yang tidak lupa kepada golongan peniaga dan penjaja kecil seperti kami,” katanya.

Tags: Covid-19peniagapenjajaperintah kawalan pergerakanprihatin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd