• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sebat Remaja Ingkar PKP Akan Diambil Tindakan

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.

“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan telah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

“Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja terbabit.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja berkenaan menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka.

Tags: perintah kawalan pergerakanpolissebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Kematian Baru COVID-19 Di Wuhan

Next Post

Ekonomi Dijangka Meningkat Pada Separuh Kedua 2020

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Ekonomi Dijangka Meningkat Pada Separuh Kedua 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd