• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP: Polis Tutup 8 Jalan Di Kajang

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Kajang akan melaksanakan penutupan lapan jalan di beberapa lokasi dan penambahan sekatan jalan raya bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff, berkata penutupan jalan itu membabitkan laluan ke Pekan Kajang yang bertujuan mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Laluan itu membabitkan Jalan Sungai Chua-Susur Terowong KTM; Jalan Reko-MRT; Jalan Cheras- Jalan Timur (depan Masjid Jamek Kajang); Jalan Semenyih- Jalan Low Ti Kok; dan susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian dan penutupan Jalan TTDI Grove 1/1.

“Laluan lain yang ditutup adalah Persiaran Saujana Impian-Jalan Melor 1; Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris dan dari arah Persiaran Saujana Impian; serta sempadan Bandar Seri Putra- Nilai 3,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jelasnya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya Grand Saga adalah melalui Jalan Cheras ke Kajang, dari arah Sungai Chua melalui Lebuhraya SILK ke Lebuhraya Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.

Beliau berkata laluan alternatif lain adalah dari Jalan Reko melalui Lebuhraya SILK; Jalan Bukit ke Pekan Kajang; Jalan Low Ti Kok; Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning; Cempaka Putih; Pekan Kajang dan laluan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang; Mahkamah Kajang; MPKJ; dan Kajang Plaza Medical Centre adalah melalui Jalan Timur dan Cempaka Kuning.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, setakat ini sebanyak tujuh sekatan jalan raya dilaksanakan di daerah berkenaan iaitu di Lebuhraya Grand Saga (hala ke Kuala Lumpur); Plaza Tol Kajang; Plaza Tol Bangi; Plaza Tol Bandar Sri Putra; Plaza Tol Kajang Selatan (LEKAS); Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat; dan SJR Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat.

Menurutnya, pihaknya akan menambah tiga sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Km1 Lebuhraya Besraya (hala ke UPM); Sungai Ramal Dalam (hala ke Putrajaya); dan Jalan Cheras Batu 14 (depan KPJ Kajang–hala ke Kajang) bermula tengah malam 8 April.

Tags: Kajangperintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Rayatutup jalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

SJR Tak Dilaksanakan Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

07/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa mereka yang belum divaksinasi selepas kebenaran rentas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd