• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP: Disaran Patuh Jadual Imunisasi Anak

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan program imunisasi di fasiliti kesihatan berjalan seperti biasa dan ibu bapa disaran menepati jadual imunisasi dan tarikh janji temu yang telah ditetapkan oleh petugas kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ibu bapa yang telah pulang ke kampung perlu membuat janji temu untuk imunisasi anak mereka di mana-mana klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan bagi mengelakkan daripada keciciran imunisasi.

Beliau berkata, kelewatan penerimaan imunisasi akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh meningkatkan risiko pendedahan bayi dan kanak-kanak terhadap penyakit cegahan vaksin seperti campak dan polio.

Katanya, hal ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan wabak penyakit cegahan vaksin yang juga akan mengancam nyawa jika tidak dibendung.

“Dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan mematuhi saranan KKM, imunisasi kanak-kanak perlu diteruskan untuk mengekalkan imuniti kelompok tinggi,” katanya dalam kenyataan sempena Minggu Imunisasi Sedunia yang disambut pada 24 hingga 30 April setiap tahun.

Pada tahun ini, tema ‘Vaksin Berkesan Untuk Semua’ (#VaccinesWork for All) telah dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan bertujuan mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur daripada penyakit cegahan vaksin.

Dr Noor Hisham berkata, imunisasi telah terbukti sebagai salah satu daripada intervensi kesihatan awam yang paling berjaya dan kos efektif dalam mengurangkan kematian penyakit cegahan vaksin.

Tambah beliau, sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa imunisasi telah menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia. Bagaimanapun, dalam dua tahun kebelakangan ini, beberapa negara di seluruh dunia mengalami penularan wabak penyakit cegahan vaksin seperti ‘measles’ (campak) dan polio.

Malaysia juga telah dikejutkan dengan kemunculan kes polio yang pertama pada Disember tahun lalu 2019 selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

“Sehingga kini, terdapat empat kes polio yang disahkan melalui ujian makmal serta dua kes polio serasi (compatible) yang menepati ciri klinikal penyakit polio dengan kesemua kes ini berlaku di negeri Sabah,” katanya.

Menyentuh mengenai kes campak, Dr Noor Hisham berkata, terdapat penurunan kes berkenaan iaitu 1,077 kes pada tahun lalu berbanding 1,958 kes pada tahun 2018 di seluruh Malaysia.

“Namun, kes kematian meningkat dengan 15 kematian tahun lalu berbanding enam kematian pada tahun sebelumnya.

“Sebanyak 915 kes Pertussis (batuk kokol) dicatatkan dengan 20 kematian pada tahun lalu, meningkat daripada 892 kes dengan 22 kematian pada 2018 manakala sebanyak 16 kes difteria dicatatkan dengan enam kematian pada tahun lepas berbanding 18 kes dengan enam kematian pada 2018, katanya.

“Majoriti kes berkenaan tidak menerima suntikan vaksin. Terdapat juga kes berlaku dalam kalangan bayi yang belum layak iaitu belum sampai umur untuk menerima suntikan vaksin,” kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM menghargai individu dan organisasi yang telah menyumbang kepada kejayaan program imunisasi terutama kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang terlibat dalam pemberian vaksin termasuk anggota masyarakat yang menyokong program imunisasi.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Tags: ImunisasiKKMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd