Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lebih Baik Guna Duit...

KUALA LUMPUR - “Daripada berbelanja bawa balik rakyat kita di luar negara, baik...

Roboh Rumah Rakyat Ketika...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan Selangor meroboh rumah rakyat di Kampung Sungai Kedondong,...

Kementerian Pendidikan Kenal Pasti...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai infrastruktur yang kurang...

KLCI Jatuh 0.69% Terendah...

KUALA LUMPUR - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot sebanyak 0.69 peratus...

Pesakit Covid-19 Dibenarkan Tak Berpuasa

ABU DHABI – Pesakit Covid-19 dibenarkan untuk tidak berpuasa pada Ramadan, umum Majlis Fatwa UAE pada Ahad.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat virtual majlis berkenaan yang dipengerusikan Sheikh Abdullah Bayyah, serta turut menekankan bahawa umat Islam yang sihat wajib berpuasa.

Gulf News melaporkan, kebenaran untuk pesakit pandemik itu tidak berpuasa berdasarkan ayat al-Quran, “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

“Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahuinya.” [al-Baqarah: 2:184]

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Majlis itu berbincang mengenai perkembangan yang orang ramai perlu tahu mengenai peraturan Islam, terutama ketika menghampiri bulan mulia, Ramadan.

Menurutnya, fatwa dikeluarkan turut bersandar bukti daripada hadis sahih yang dipersetujui semua, bahawa dibenarkan untuk orang sakit tidak berpuasa, manakala yang sihat dilarang berbuka puasa.


Pihak berkenaan turut menegaskan perlunya untuk mematuhi arahan penutupan masjid sehingga dimaklumkan pihak berkuasa Pengurusan Bencana, Krisis dan Kecemasan Kebangsaan yang bekerjasama dengan Penguasa Hal Ehwal Islam dan Awqaf, selain pihak berkuasa agama dan kesihatan persekutuan serta tempatan dalam negara itu.

Ia bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Keadaan luar biasa yang kita lalui menuntut kita untuk menekankan nilai kemanusiaan tinggi yang mana agama kita menuntut supaya kita mempromosikan nilai kasih sayang, memperkukuh hubungan sesama manusia berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan kesatuan.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh dunia dan setiap umat untuk memberi bantuan kepada orang miskin dan memerlukan, membantu meringankan penderitaan dan kesakitan golongan ini tanpa mengira latar belakang agama dan etnik mereka,” kata majlis itu dalam kenyataan. – Agensi

Kategori