• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Subsidi Upah Ditambah Kepada RM13.8 Bilion

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menambah peruntukan program subsidi upah kepada RM13.8 bilion berbanding RM5.9 bilion.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan terutama kepada usahawan kecil dan sederhana.

Beliau berkata, semua syarikat dan pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah akan menerima subsidi itu.

“Syarikat lebih 200 orang pekerja akan terima subsidi upah RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan namun bilangan maksimum pekerja yang akan terima subsidi dinaikkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

“Syarikat yang mempunyai 76 hingga 200 orang pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja,” katanya.

Muhyiddin berkata, syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja ke bawah akan terima subsidi upah RM1,200 bagi setiap pekerja.

Beliau menjelaskan, bantuan itu adalah untuk tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT). – BH Online

Tags: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin RakyatPerusahaan Kecil dan Sederhanasubsidi upah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Latihan Semula Lebih Baik Berbanding Subsidi Upah – Najib

06/11/2020
0

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan memberi pilihan kepada majikan yang memohon program...

95 Peratus Inisiatif PRIHATIN Sudah Dilaksana

05/05/2020
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 95 peratus daripada 10 langkah utama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion sudah dilaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd