Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Bom Di Puchong...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menafikan dakwaan kononnya terdapat sebutir bom tertanam di...

Razer Blade Baru Lebih...

RAZER, pengeluar produk dan perkakas khusus untuk permainan komputer melancarkan versi terbaru Blade,...

Justin Timberlake ‘Photobomb’ Gambar...

TIDAK seperti Justin Bieber yang mencampakkan hadiah pemberian peminatnya, penyanyi Justin Timberlake pula...

14 Maut Nahas Bas...

TOKYO - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila bas yang...

Perkampungan Haram Ulu Rening Langgar Hukum Syarak – JAIS

HULU SELANGOR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima aduan mengenai perkara melanggar hukum syarak dilakukan kumpulan yang membina perkampungan haram di Ulu Rening, Batang Kali.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata berdasarkan aduan yang diterima, cara kehidupan bermasyarakat kumpulan berkenaan, tidak lazim dengan kehidupan Islam secara umum.

Katanya, JAIS akan mendapatkan maklumat lengkap daripada polis susulan penahanan kumpulan itu petang semalam.

“Kami sedia memberikan kerjasama sebaiknya dalam membantu menyelesaikan masalah berkaitan sekiranya terbukti kebenarannya.

“Namun perkara ini diserahkan kepada polis terlebih dahulu bagi urusan berkaitan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Kehidupan bermasyarakat kumpulan ini tidak lazim berbanding umat Islam lain di negara ini yang kini kekal di rumah masing-masing menyambut Ramadan bersama keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Semalam polis menahan 238 individu termasuk bayi, dalam serbuan terhadap sebuah kawasan penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor.


Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki dan 77 wanita, bakinya adalah kanak-kanak dan bayi.Siasatan awal polis mendapati, mereka yang ditahan itu mendakwa sebagai ahli Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).

Mohd Shahzihan berkata, mereka menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara sebenar atas landasan perundangan tepat ketika negara sedang menguatkuasa PKP kepada seluruh rakyat.

“Masih terlalu awal saya membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara yang berlaku ini. Namun tindakan susulan akan diambil sekiranya terbukti kumpulan berkenaan melakukan kesalahan berkaitan hukum Islam.

“Ketika ini umat Islam wajar berada di rumah masing-masing bersama keluarga bukannya berkumpul beramai-ramai di kawasan yang mencurigakan dan boleh menimbulkan masalah kepada negara dalam mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Kategori