• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Cukai Untuk Pemilik Premis Sewaan PKS

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan akan mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Permodalan Nasional Berhad (PNB), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan UDA Holdings Berhad (UDA) serta beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS.

“Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya sepanjang tempoh PKP dan tiga bulan selepas PKP berakhir.

“Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada PKS akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa itu bagi April 2020 hingga Jun 2020.

“Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh berkenaan,” katanya pada pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau Prihatian Tambahan di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25 peratus kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020.

“Bagaimanapun, pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah,” katanya. – myMetro Online

Tags: pengecualian cukaiPerusahaan Kecil dan Sederhanasewaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKP: Negeri Perlu Selaraskan Tindakan Ikut MKN

Next Post

700,000 PKS Dapat Manfaat Geran Khas PRIHATIN

Related Posts

Belanjawan 2024: Kerajaan Lanjut Pengecualian Cukai Kepada Wanita Kembali Bekerja

Belanjawan 2024: Kerajaan Lanjut Pengecualian Cukai Kepada Wanita Kembali Bekerja

13/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Selangor Umum Pengecualian Cukai, Bantuan Khas

04/10/2023
0

SHAH ALAM: Sebanyak 426,656 rumah kos rendah di seluruh negeri dikuatkuasakan pengecualian cukai untuk penggal kedua bagi tempoh 1 Julai...

Next Post

700,000 PKS Dapat Manfaat Geran Khas PRIHATIN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd