• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ditahan Disyaki Hina Polis, Sultan Johor, TMJ

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki memuat naik pernyataan dan status jelek menghina polis, Sultan Johor serta Tunku Mahkota Johor di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 38 tahun juga seorang penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Lepau, Pengerang kira-kira 12.30 tengah malam tadi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Tangkapan dibuat susulan tindakan lelaki tersebut yang memuat naik beberapa pernyataan dan status jelek menghina polis pada laman Facebook.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Polis merampas satu telefon bimbit daripadanya dan semakan akaun Facebook tersebut kemudian turut mendapati lelaki itu ada memuat naik pernyataan dan status jelek menghina Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine, tetapi didapati tidak mempunyai rekod jenayah.

“Lelaki itu direman empat hari sehingga Isnin ini untuk disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

“Dia juga akan disuasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menghantar kandungan yang bersifat lucah dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati menerusi Facebook,” katanya.

Tags: hina polishina sultan johorhina TMJPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Petrol Kekal, Diesel Turun 3 Sen

Next Post

201 Pulih, 2 Kematian, 69 Kes Baharu Covid-19

Related Posts

Lelaki Myanmar Hina Polis Di TikTok Didenda RM7,000

Lelaki Myanmar Hina Polis Di TikTok Didenda RM7,000

16/01/2025
0

AMPANG: Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengaibkan dengan cara menghina Polis...

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Next Post

201 Pulih, 2 Kematian, 69 Kes Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd