Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Zainuddin Maidin Meninggal Dunia...

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, meninggal dunia di...

Tempoh Reman Pasangan Kekasih...

IPOH - Tempoh tahanan reman pasangan kekasih dipercayai anggota Geng Mamak yang ditahan...

Buat ‘U Turn’ Ikut...

MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan...

Ketuk Kepala Menteri Tak...

PERDANA Menteri memberi peringatan sambil menyindir barisan Kabinet bahawa calon Pakatan Harapan (PH),...

Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Ambil Tunai Di BSN

SHAH ALAM – Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Kementerian Kewangan, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakkan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Inisiatif di atas adalah hasil daripada langkah Prihatin di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

“Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN.

Untuk rekod, sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan BPN kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion.

Kategori