• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendirian Malaysia Jelas Isu Pertikaian Laut China Selatan

oleh
23/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berpendirian sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian di Laut China Selatan harus ditangani menerusi dialog dan jalan perundingan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan keamanan dan perdagangan.

Katanya, sebarang permasalahan membabitkan perairan berkenaan perlu diselesaikan berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan amat jelas dan konsisten. Semua pihak perlu bekerjasama mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di perairan terbabit serta meningkatkan usaha, keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain.

“Sebagai bekas Menteri Pertahanan, saya sedar mengenai situasi dihadapi. Kita perlu mengelakkan insiden sama ada disengajakan atau tidak di perairan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Hishammuddin berkata, walaupun undang-undang antarabangsa menjamin kebebasan pelayaran, kehadiran kapal perang di Laut China Selatan berpotensi meningkatkan ketegangan yang akan menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan.

Justeru, beliau berkata, Malaysia tegas dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan dan haknya di Laut China Selatan.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar di Laut China Selatan berhampiran lokasi pertikaian antara China dan Malaysia.

Kehadiran dua kapal perang terbabit dikatakan sebagai amaran kepada China selepas kapal penyelidikan milik republik berkenaan dikesan berlayar berhampiran kapal eksplorasi kendalian Petronas.

Insiden itu mendorong AS menggesa China supaya menghentikan sikap ‘pembuli’ republik berkenaan di perairan yang dalam pertikaian. – BH Online

Tags: Hishammuddin Tun Husseinlaut china selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

11/10/2024
0

VIENTIANE - Malaysia menegaskan bahawa pendekatan diplomatik dan kerjasama melalui ASEAN adalah cara terbaik untuk menangani pertikaian di Laut China...

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

04/04/2023
0

Kota Kinabalu : Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd