• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar IPT Mulakan Pergerakan Pulang Ke Kampung Hari Ini

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan yang tersayang.

Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu merupakan antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan semalam bagaimanapun menyebut, pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.

Persiapan rapi dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenal pasti.

Dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 pelajar yang terlibat, memetik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  

Bagaimanapun, bagi mereka yang terperangkap di kampung (bukan pelajar) atau tempat lain yang ingin pulang ke destinasi masing-masing, perlu terus bersabar.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ismail Sabri menjelaskan tarikh pergerakan mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini.

Jelasnya, terdapat kekeliruan mengenai tarikh pergerakan tersebut apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula.

Menurutnya tarikh yang ditetapkan sehingga 1 Mei itu adalah pendaftaran melalui temu janji di balai polis, selain pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Setakat ini sebanyak 300,000 sudah mendaftar dengan aplikasi itu termasuk 100,000 yang memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan PKP. 

Ismail Sabri berkata selepas mendapat data dan maklumat daripada permohonan orang ramai itu, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia akan membincangkan Prosedur Operasi Standard termasuk menetapkan tarikh pergerakan tersebut.

Setakat 12 tengah hari semalam, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,780 kes, dengan 98 kes kematian.

Jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia pula ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tags: Covid-19Pelajar IPTperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kami Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia”

Next Post

Angka Terkini Kematian COVID-19 Global 204,696 Orang

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Angka Terkini Kematian COVID-19 Global 204,696 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd