• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Tinggi Kerajaan Kurangkan Imbuhan Tetap Keraian

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju untuk menyumbang kepada Tabung Covid-19 melalui pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat bersama Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada Selasa.

“Kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak lima peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas,” katanya.

Menurutnya, sumbangan tersebut dibuat oleh pegawai tinggi kerajaan kerana peka terhadap situasi semasa negara.

Bagaimanapun katanya, pengurangan ITK tersebut dikecualikan kepada pegawai petugas barisan hadapan yang menerima elaun khas dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

“Segala penjimatan daripada pengurangan ITK akan disalurkan ke dalam Tabung Covid-19. Inisiatif ini dilaksanakan atas rasa tanggungjawab para penjawat awam dan sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menangani penularan wabak Covid-19,” katanya.

Tags: Imbuhan Tetap Keraianpegawai tinggi kerajaanTabung COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tabung Covid-19 Kutip RM67.1 Juta

04/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM67.1 juta berjaya dikumpulkan Tabung Covid-19 sehingga 31 Mei lalu. Daripada jumlah itu, 75 peratus sudah...

Penjawat Awam Sedia Sumbang RM10 Untuk Tabung Covid-19

31/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan pemberian vaksin kepada semua penjawat awam dipercepatkan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd