• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakej Prihatin Kurangkan Beban Penjaja

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sejak 20 tahun lepas, Noriah Othman, 62, menyara keluarganya dengan menjual sayuran kampung di sebuah gerai tepi jalan di Sendayan di sini.

Ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak itu kehilangan pendapatan sebanyak kira-kira RM60 sehari berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas susulan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lepas membolehkan Noriah menarik nafas lega kerana banyak bantuan disediakan kerajaan untuk golongan sepertinya.

Noriah berkata, dia layak menerima bantuan sebanyak RM1,600 bagi isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke bawah, bantuan individu bujang sebanyak RM800 untuk dua orang anaknya yang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.

“Tiada apa yang dapat saya ucapkan selain terima kasih kepada kerajaan yang mendengar rintihan rakyat terutamanya golongan yang kais pagi makan pagi seperti saya… hari ini nak dapatkan RM100 pun susah, jika berniaga adalah pendapatan, jika tidak berniaga memang tak ada la pendapatan pada hari itu.

“Jadi dengan adanya bantuan ini saya akan gunakannya untuk menampung perbelanjaan harian yang selama ini saya bertahan menggunakan wang simpanan… bantuan untuk anak-anak saya sebanyak RM800 setiap seorang mungkin mereka boleh gunakan untuk sara hidup mereka yang menyewa bilik di Kuala Lumpur,” katanya.

Dia berkata, penangguhan bayaran pinjaman kenderaan selama enam bulan iaitu sebanyak RM300 sebulan yang berjumlah RM1,800 untuk tempoh enam bulan akan disimpan sebagai tabung kecemasan memandangkan tiada kepastian tempoh pelaksanaan PKP itu yang mungkin akan mengambil masa lebih lama.

Seorang penjaja nasi lemak di Taman Desa Ixora 2, Senawang, Redzuan Mansor, 57, berkata, keadaan yang dilalui ketika ini ternyata agak mencabar kerana beliau tiada pendapatan ketika pelaksanaan PKP.

“Tetapi melalui bantuan Prihatin, saya akan menerima bantuan sebanyak RM1,600 bagi pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 sebulan serta baki Bantuan Sara Hidup sebanyak RM600. Bukan itu sahaja, dua orang anak bujang saya berusia 23 dan 26 tahun masing-masing akan mendapat bantuan bujang sebanyak RM500 dan RM800,” katanya yang sudah berniaga sejak 11 tahun yang lepas.

Dia berkata, bantuan yang diterimanya itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan sekiranya ada lebihan akan disimpan untuk digunakan sebagai pusingan modal perniagaan selepas berakhirnya PKP nanti.

Peniaga kuih-muih di pekan Gemencheh, Musizmawatie Musa, 32, berkata, bantuan yang diterima sebanyak RM1,600 bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah akan dijadikan sebagai wang kecemasan.

“Pendapatan saya memang bergantung daripada hasil berniaga tetapi setakat ini saya masih ada wang simpanan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian semasa PKP ini dan wang bantuan yang diberikan kerajaan itu pula akan digunakan sebaiknya untuk perbelanjaan harian sekiranya berlaku masalah kewangan,” katanya.

Dia berkata, penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan berjumlah RM2,760 dan pengurangan bil elektrik juga dapat membantu beliau ketika menghadapi saat sukar ini.

Pakej Prihatin berjumlah RM250 bilion itu bertujuan melindungi kesejahteraan rakyat bagi menangani impak Covid-19.

Tags: bantuan prihatin nasionalCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd