Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mufti WP Tegur Netizen...

NASIHAT... Warga siber ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan elak berkongsi perkara...

Pelacur Maut Terjatuh Dari...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga asing dipercayai pelacur maut apabila tergelincir dari...

1MDB: Rafizi Ramli Diperintah...

MAHKAMAH Seksyen Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela...

Kedah Larang Semua Konsert...

JITRA : Kerajaan negeri memutuskan semua penganjuran konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan...

Pakej Bantuan Terhadap PKS Diumum Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khusus mengenai pakej bantuan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan suasana sukar berikutan wabak coronavirus (COVID-19), minggu depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pengumuman itu dijangka menyentuh mengenai perkara berkaitan gaji pekerja, sumbangan majikan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengumuman itu dijangka dibuat bagi memastikan wujud keseimbangan dalam usaha kerajaan menangani masalah COVID-19 daripada merebak melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dalam masa sama PKS mampu terus hidup supaya ekonomi tidak merudum.

“Perdana Menteri mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet di peringkat menteri yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bagi mendapatkan rumusan dan buat laporan kepada Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) pada Isnin.

“Justeru, Perdana Menteri akan membuat pengumuman minggu depan selepas mesyuarat AEC yang mana permohonan pihak industri berkisar mengenai sumbangan KWSP sama ada boleh distruktur semula atau dikurangkan pembayarannya, begitu juga PERKESO perlu dibayar atau tidak dan gaji pekerja.

“Sebab sekarang ini syarikat tidak beroperasi tetapi arahan pekerja mesti dibayar gaji jadi persoalannya ialah apa penanda aras yang boleh kerajaan buat untuk ringankan beban PKS sama ada kerajaan bantu bayar subsidi gaji atau mekanisme lain dalam bentuk kemampuan kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui program #BicaraBH bertajuk COVID-19: Talian hayat untuk PKS? yang disiarkan melalui Facebook Berita Harian Online, hari ini.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, kerajaan khususnya melalui Kementerian Kewangan akan berhubung dengan pemilik premis perniagaan swasta untuk meminta kerjasama dengan mengurangkan bayaran kepada penyewa yang tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh PKP bagi menampung kerugian mereka.

Pemilik premis perniagaan ini sudah menerima bantuan kerajaan dari segi moratorium dan pengecualian faedah, penalti dan rekod tanpa bayaran dan ia seharusnya ia ‘diturunkan’ kepada penyewa supaya perniagaan PKS dapat diselamatkan.


“Dalam keadaan kita hadapi COVID-19, kita minta tolong supaya janganlah menangguk di air keruh, …mereka sudah dapat untung yang besar, beratus juta ringgit sejak bertahun-tahun, …kerajaan sudah bagi cukai korporat dan pendapatan murah jadi bantulah PKS yang berpendapatan sederhana ini.

“Jika mereka sewa di tempat kerajaan memang diberi moratorium atau penangguhan tetapi kini premis swasta contohnya di bangunan KLCC dan pusat beli-belah yang besar yang terima bantuan kerajaan (moratorium) kalau mereka tidak ‘turunkan’ kepada penyewa ia tidak wajar,” katanya.

Beliau berkata, PKS di negara ini menyumbang hampir 39 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan ia adalah jumlah yang amat besar selain memberi pekerjaan kepada lebih 60 peratus rakyat di negara ini.

Meskipun dalam keadaan sukar ini, Wan Junaidi berkata, mana-mana pihak yang berniat memulakan usaha niaga PKS supaya memanfaatkan tempoh sekarang untuk membuat perancangan dan mencari sumber kewangan.

Malah katanya, pihak kementerian melalui tiga agensi antaranya SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sedang membuat kajian untuk mengenal pasti peralihan jenis perniagaan selepas tempoh berakhirnya COVID-19.

“Peralihan perniagaan ke satu bentuk baharu itu masih dalam kajian kita, …ia berterusan dan kita akan memberi latihan sebagai contohnya kita belum lagi mempelopori idea yang digunakan di Amerika Syarikat melalui modal teroka usaha niaga (venture capital),” katanya. – BH Online

Kategori