• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dijangka Umum PKP Lanjut Atau Tak Petang Ini

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir Selasa ini akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pengumuman itu akan dibuat menerusi perutusan khas jam 4 petang ini.

Pengumuman itu akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen utama tempatan.

Terdahulu, pagi ini Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendengar taklimat berhubung situasi semasa pandemik itu di negara ini.

PKP dilaksanakan di seluruh negara menerusi dua fasa iaitu 18 hingga 31 Mac dan 1 hingga 14 April.

Setakat ini empat lokasi diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Bandar Baharu Dato’Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor, Sungai Lui, Hulu Langat Selangor, Menara City One dan Selangor Mansion serta Malayan Mansion di Kuala Lumpur.

PKPD dikenakan ke atas penduduk kawasan tersebut berikutan peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan turut merekodkan 25 kawasan zon merah yang mencatatkan lebih 40 kes positif di seluruh negara.

Keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diisytiharkan zon merah yang menyaksikan Lembah Pantai masih kekal sebagai kes positif Covid-19 dengan 424 kes.

Di Selangor pula, terdapat peningkatan zon merah apabila Hulu Langat turut diisytiharkan sebagai zon merah.

Ia sekali gus menjadikan enam daripada sembilan daerah negeri itu diletakkan di bawah kategori tersebut.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, 4,228 kes positif direkodkan sejak Januari lalu. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Muhyiddin Yassinperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hulu Selangor Kini Zon Merah Jangkitan Covid-19

Next Post

Polis Bersengkang Mata Pastikan Masyarakat Patuh PKP

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Polis Bersengkang Mata Pastikan Masyarakat Patuh PKP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd