• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mereka Di Bandar Tak Dibenarkan Pulang Ke Kampung

oleh
23/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai yang berada di bandar tidak dibenarkan pulang menyambut Ramadan di kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai salah faham apabila beliau mengumumkan bahawa mereka yang pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dan berkeinginan untuk pulang semula ke bandar diminta untuk melaporkan kepada balai polis.

“Mereka yang ada di bandar dan nak pulang ke kampung memang tak dibenarkan sejak daripada awal lagi (sewaktu PKP dilaksanakan). Saya tahu ramai yang mahu pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga tetapi memang kita tak benarkan.

“Jangan pula ada yang melaporkan kepada balai polis kata mahu pulang ke kampung. Apa yang saya sebut semalam ialah mereka yang terperangkap di kampung dan mahu pulang ke bandar. Itu pun kita cuma minta mereka daftar terlebih dahulu dan keputusan akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri- menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, buat masa sekarang, mereka yang terkandas di kampung dan mahu pulang semula ke bandar hanya dibenarkan untuk membuat laporan kepada balai polis terdekat pada 25 April ini.

“Ia bukan bermakna bila buat laporan maka mereka terus boleh bergerak pulang. Ini kerana kami mahu mendapatkan maklumat jelas mengenai berapa jumlah dari kampung yang akan pulang ke bandar.

“Maklumat yang diterima ini akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) paling awal 1 Mei untuk mereka bincang. Selepas itu baharu kita tahu sama ada dibenarkan pulang atau tidak,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, situasi kepulangan mereka di kampung ke bandar dengan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) berbeza kerana pelajar IPT akan dibawa pulang dengan bas dan status kesihatan mereka di kampus dipantau berbanding mereka yang pulang ke kampung dan mungkin mempunyai pergerakan.

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) dalam PKP ketika ini hanya membenarkan seorang pemandu bagi satu kenderaan. Justeru dalam perkara ini PDRM, KKM dan MKN akan membuat kajian menyeluruh sama ada membenarkan atau tidak,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Kampungperintah kawalan pergerakanramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendirian Najib Isu Etnik Rohingya Kekal Sama

Next Post

Waktu Operasi Kenderaan Dan Pasar Awam Dilanjutkan

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Waktu Operasi Kenderaan Dan Pasar Awam Dilanjutkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd