• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mentari Akan Muncul Selepas Hujan – Muhyiddin

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar kehidupan rakyat Malaysia terbeban akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana terhalang daripada perkara kebiasaan.

“Saya tahu setelah tiga minggu saudara-saudari berkurung di rumah, mungkin ada di kalangan saudara-saudari yang berasa agak terbeban dengan dugaan dan ujian Tuhan ini.

“Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban,” katanya ketika mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, rakyat Malaysia tetap mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan bosan.

“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.

“Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian,” katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan bahawa Tuhan tidaklah menguji atau membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak boleh ditanggung.

“Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286: Yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

“Saya yakin dugaan yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat tanggung oleh kita semua. Teruslah cekal, kuat dan bersemangat. Yakinlah, kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi peraturan sepanjang PKP dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

“Ia sukar, tetapi tidak mustahil. Ini adalah pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk memenangi peperangan ini. Memenangi peperangan ini bermula di rumah kita dan dengan keluarga kita.

“Kita boleh menghentikan penyebaran virus ini dengan tinggal di rumah dan mengekalkan jarak fizikal. Tetap kuat, kekal sihat, Insya-Allah kita akan berjaya. Ingat, selepas hujan, datang matahari. Dan hari-hari yang lebih baik akan muncul,” katanya.

Muhyiddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas di barisan hadapan yang terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

“Terima kasih semua doktor, jururawat, anggota polis, anggota tentera, imigresen, Rela, bomba, kakitangan JKM, sukarelawan NGO dan semua yang terbabit di barisan hadapan. Terima kasih juga kepada anda sekalian yang sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Teruslah sabar, tenang dan istiqamah. Insya-Allah, kita akan bangkit semula,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Muhyiddin Yassinperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd