• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Tergantung Di Pokok Positif Covid-19

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAYAT lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di Kota Kinabalu, 6 April lalu disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19), semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan seramai 12 anggota sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.

Katanya, keputusan saringan terhadap anggota polis terbabit akan diperoleh dalam tempoh terdekat dan semua yang terbabit sudah diarahkan kuarantin diri di rumah masing-masing.

“Semua anggota yang terdedah sudah menjalani saringan kesihatan dan mereka juga diarah mengasingkan diri di rumah masing-masing sementara menunggu laporan kesihatan daripada hospital.

“Keputusan ujian itu dijangka akan siap hari ini. kita mendoakan semua anggota terbabit selamat daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Habibi berkata, semua anggota yang bertugas ketika itu mengenakan langkah-langkah pemakaian selamat termasuk memakai topeng muka dan sarung tangan.

Mengulas lanjut penemuan mayat itu, beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai warga asing kerana tiada penemuan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada lengannya.

Katanya, mayat lelaki masih belum dituntut dan setakat ini, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455,” katanya.

Sehubungan itu, Habibi berkata, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Gaya berjalan lancar dan kerjasama daripada warga pulau berkenaan juga amat baik.

“Perkhidmatan pengangkutan biasa tidak dibenarkan ketika ini, namun hanya dua bot setiap kampung dibenarkan beroperasi membabitkan urusan penting.

“Oleh itu, penduduk di sekitar Pulau Gaya diminta supaya mengikuti arahan PKP sepenuhnya bagi mengelak penularan wabak Covid-19 ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19koronavirusmayat tergantungSabahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd