• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Saran ASEAN Rangka Pelan Pemulihan Ekonomi COVID-19

oleh
14/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi memberi tumpuan, bukan sahaja kepada aspek kewangan, bahkan jaringan keselamatan sosial dan jaminan makanan serta pendidikan kepada penduduk serantau.

Cadangan itu dikemukakan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN Mengenai COVID-19 yang diadakan hari ini menerusi persidangan video. Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan disertai ketua kerajaan 10 anggota pertubuhan serantau itu.

Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN perlu mengandungi langkah-langkah untuk menjamin rangkaian bekalan kepada 600 juta penduduk rantau ini, termasuk memastikan kelancaran aliran bekalan untuk perubatan, makanan dan barang keperluan, selain prasarana kritikal untuk laluan perdagangan melalui udara, darat dan laut.

Pada persidangan berkenaan, Malaysia turut menekankan bahawa ada hikmah di sebalik setiap krisis dengan semua negara menghadapi masalah yang sama dan semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama bagi memastikan tidak ada siapa yang tercicir.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, ASEAN perlu mengelak daripada mengenakan sebarang sekatan tidak perlu yang boleh menghalang kelancaran bekalan perubatan, makanan dan barang keperluan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Malaysia turut meminta negara-negara anggota serantau agar meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi landskap baharu di rantau ini.

“ASEAN tidak boleh dibiarkan kembali ke zon selesa, sebaliknya membangunkan rantau Asia Tenggara sebagai pusat pertumbuhan dan kuasa baharu, bukan hanya untuk 600 juta penduduknya, bahkan untuk seluruh dunia,” kata kenyataan berkenaan.

Malaysia turut menyokong pengwujudan Dana Khas COVID-19 ASEAN (COVID-19 ASEAN Response Fund) untuk meningkatkan skala stok kecemasan sedia ada bagi menghadapi kemungkinan wabak pada masa depan.

“ASEAN perlu terus membangunkan rizab bekalan perubatan serantau, selain menggunakan rizab gudang simpanan sedia ada yang relevan bagi membantu keperluan negara anggota ketika kecemasan kesihatan.

“Pelbagai mekanisme dan struktur ASEAN yang diterajui Malaysia seperti Pusat Rangkaian Operasi Kecemasan ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam (ASEAN EOC Network) dan Pusat Penilaian Risiko dan Komunikasi ASEAN (ARARC) telah terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dalam mencari penyelesaian krisis.

“Malaysia sentiasa bersedia untuk memerangi pandemik ini bersama-sama anggota ASEAN yang lain,” kata kenyataan itu lagi. – BH Online

Tags: ASEANCovid-19Pelan Pemulihan Ekonomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabinet Bincang Kaedah E-Bazar Ramadan Esok

Next Post

12 Barang Dikawal Harga Maksimum PKP Bermula Esok

Related Posts

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang...

Next Post

12 Barang Dikawal Harga Maksimum PKP Bermula Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd