• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hina Agong

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini, atas lapan pertuduhan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata suspek ditahan pada Jumaat lalu berikutan siasatan terhadap satu posting berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitter ‘Fazrin Ismail’.

“Pada 28 Mac lalu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) memulakan siasatan ke atas pemilik Twitter berkenaan yang memuat naik perkataan bersifat jelik dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, iaitu kecenderungan menghasut, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari hingga semalam bagi membantu siasatan.

Berdasarkan hasil siasatan, katanya, ada lapan posting yang didapati menghina dan menggunakan perkataan kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan dipersetujui supaya lapan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah (6), esok (hari ini), untuk prosiding pertuduhan,” katanya.

Beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara, iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara, sekali gus tidak membuat, menerbit atau mengedarkan kenyataan, khabar angin serta berita yang mempunyai kecenderungan menghasut.

“Jauhkan diri daripada perkara sedemikian kerana boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan serta mengganggu-gugat ketenteraman awam.

“PDRM tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya. – BH Online

Tags: Hina AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd