• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanjutan PKP: KKM Maklumkan Kepada PM Esok

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, esok pagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata satu mesyuarat bagi meneliti unjuran perkembangan kes COVID-19 akan diadakan pada jam 6 petang ini.

Katanya, perbincangan itu akan turut membabitkan pelbagai agensi lain seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selain pakar statistik dan epidemiologi.

“Kita nak lihat unjuran bersandarkan model perkiraan semasa, apa senario yang mungkin berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Kita akan buat unjuran sama ada bakal wujud peningkatan (kes baharu COVID-19) atau tidak, tetapi perkembangan semasa seperti hari ini menunjukkan angka positif antara yang rendah.

“Oleh itu, seperti yang saya sebut sebelum ini, kita ada peluang tipis untuk perbetulkan keadaan, jadi pendekatan kawalan sewajarnya harus dilaksanakan.

“Esok Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan buat pengumuman (mengenai sama ada PKP dilanjutkan atau sebaliknya),” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dilaporkan berkata kerajaan masih menunggu pandangan dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada PKP yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini dilanjutkan atau sebaliknya.

Berikutan penularan COVID-19, kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP berkuat kuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac lalu, sebelum melanjutkan perintah berkenaan dua minggu lagi, iaitu dari 1 April hingga 14 April ini.

Berdasarkan graf perkembangan harian COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia masih dalam kategori ‘perjuangan’, tetapi belum menang atau kalah pada wabak berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian menumpukan usaha untuk memantapkan semua ‘pertahanan’ merangkumi proses saringan dan perkhidmatan hospital di seluruh negara bagi berdepan sebarang kemungkin pada masa depan.

“Sehingga kini kita ada 71 hospital yang melakukan saringan COVID-19 dan tujuh hospital yang hanya merawat pesakit dijangkiti wabak ini.

“Persediaan rapi harus dilaksanakan kerana kita tidak mahu pandemik COVID-19 ini mencetuskan kesesakan di hospital,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd