Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Penduduk Digalakkan Isi Borang...

KEPALA BATAS - Penduduk di Pulau Pinang yang akan bercuti dan balik kampung...

MAB Sahkan Tempahan 25...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhada (MAB) mengesahkan syarikat telah memuktamadkan tempahan 25...

Pengarah Syarikat Minyak Masak...

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau enam bulan penjara oleh...

Melaka Haramkan Penjualan Arak...

Melaka akan melaksanakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven...

KKM Sedia Pertimbang Pelaksanaan E-Bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan e-bazar Ramadan biarpun kerajaan sebelum ini memutuskan bazar terbabit tidak diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelaksanaan bazar Ramadan secara dalam talian dilihat lebih terkawal bagi mengelak kehadiran pelanggan dalam jumlah yang besar.

“Masalahnya sekarang bukan bazar Ramadan. Isunya adalah pelanggan datang (ke bazar) tidak terkawal. Bagaimanapun banyak kaedah yang kita bincangkan antaranya melaksanakan e-bazar Ramadan.

“Kaedah e-bazar dilihat lebih terkawal dengan menghantar makanan ke rumah dan sebagainya. Itu antara cara teknologi yang kita guna sekarang ini sebab pada masa ini pun banyak menggunakan penghantaran makanan,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan statistik, penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus.


“Mungkin ini antara cara untuk selesaikan masalah bazar Ramadan. Kita perlu akur bahawa kelaziman dah berubah.

“Jadi kita melihat e-bazar Ramadan memenuhi kriteria KKM untuk memastikan tiada perhimpunan ramai hanya untuk membeli makanan dan sebagainya,” katanya.

Kerajaan semalam memutuskan tiada bazar Ramadan dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara dan mengancam kesihatan rakyat. – BH Online

Kategori