• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Belum Putuskan PKP Ditamatkan Atau Sebaliknya

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi kepastian sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu akan ditamatkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya masih sedang memantau data-data yang diperoleh setiap hari.

“Sama ada PKP disambung atau tidak, kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan,” katanya.

Menurutnya, apa yang pasti, sekiranya kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKP, terdapat enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipenuhi.

“Yang pertama adalah kawalan sempadan yang mana berkemungkinan datang ke negara ini membawa penyakit,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), WHO turut menggariskan sistem kesihatan.

“Ia melibatkan kapasiti makmal dan sistem keselamatan di wad serta unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk melindungi golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kronik lain dan berada dalam rawatan kimoterapi.

“WHO turut menggariskan rakyat perlu bersama dengan kerajaan dengan melaksanakan normal baharu selain mengenalpasti kawasan dan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19,” katanya.

Terdahulu KKM telah mengesan 95 individu daripada luar negara dijangkiti wabak itu.

“Daripada 95, 68 daripadanya mereka adalah dari Indonesia, 12 dari United Kingdom, lima dari Singapura, dan empat dari Turki, tiga dari Belanda dan dua dari Amerika Syarikat dan seorang dari Perancis,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd