• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Ke-77 Tak Sertai Ijtimak Di Seri Petaling

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat ralat mengenai kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) akibat koronavirus (Covid-19) seperti diumumkannya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini wabak itu di Putrajaya, petang tadi

Dr Noor Hisham dalam hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, kes pesakit ke-2,797 itu bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.

“Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5.30 petang 13 April 2020 adalah dimaklumkan bahawa berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2,797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703).

“Ini bermakna kes ke-2,797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling. KKM (Kementerian Kesihatan) mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah,” katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar petang tadi, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 

Tags: Covid-19Ijtimak TablighKKMmasjid seri petaling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.