• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 1.2 Juta

oleh
29/11/2021
dalam Antarabangsa, Berita, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Dunia kini berdepan ancaman Covid-19, penyakit yang sebelum ini tidak diketahui puncanya tetapi sudah merebak ke lebih 200 negara dan rantau.

Di Washington, agensi berita Xinhua melaporkan, jumlah kes Covid-19 sudah melebihi 1.2 juta, berdasarkan data dikumpul Johns Hopkins University pada Sabtu.

Di Tokyo, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Jepun hari ini berkata, kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara sehingga jam 10.30 pagi waktu tempatan sebanyak 3,506 meningkat 367 kes berbanding hari sebelumnya.

Jumlah kematian akibat virus maut itu setakat ini kekal 96 orang, menurut kementerian yang turut memasukkan data kes di atas kapal persiaran Diamond Princess, kini dikuarantin di Yokohama, dekat Tokyo.

Di Wuhan, sebuah lagi daerah di bandar yang terjejas teruk akibat Covid-19, kini diisytiharkan sebagai kawasan berisiko rendah, menurut ibu pejabat pusat kawalan dan pencegahan wabak wilayah.

Ini menjadikan jumlah kawasan berisiko rendah di Wuhan sebanyak sembilan daripada 13 daerah.

Empat daerah lain diklasifikasikan sebagai berisiko sederhana, menurut ibu pejabat itu.

Di Beijing, pihak berkuasa kesihatan China hari ini berkata, ia menerima laporan 30 kes baharu Covid-19 di tanah besar China dengan 25 daripadanya kes import.

Lima kes domestik baharu dilaporkan di Wilayah Guandong.

Juga semalam, tiga kematian, semua di Wilayah Hubei dan 11 lagi kes disyaki dilaporkan, kesemuanya kes import.

Menurut Suruhanjaya itu, 213 orang dibenarkan keluar hospital manakala jumlah kes kritikal susut 36 kes menjadikan jumlah semasa 295.

Di Brussels, Sepanyol mengesahkan 124,736 kes pada Sabtu mengatasi Itali yang merekodkan 124,632 kes.

Sepanyol negara yang mencatatkan kes paling banyak di Eropah dan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika kini mempunyai lebih 300,000 kes positif.

Wabak Covid-19 sudah mengorbankan lebih 15,000 orang di Itali yang kini menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya, menurut data Jabatan Pertahanan Awam negara itu.

Pada sidang akhbar, Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Angelo Borrelli mengesahkan 2,886 kes aktif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 88,274.

Di San Francisco, Persatuan Jururawat Unit Rawatan Rapi Amerika (AACN) mendesak kerajaan dan orang awam mengambil tindakan segera menyediakan bekalan peralatan perlindungan perubatan peribadi.

Persatuan itu memberi amaran, lebih banyak angka korban akan dicatatkan andai bekalan seperti pakaian perlindungan diri (PPE), ventilator dan topeng muka dan sebagainya, tidak dibekalkan dengan segera.

Di Quito, Kementerian Kesihatan Awam Ecuador pada Sabtu melaporkan jumlah terbaru kes Covid-19 di negara itu sebanyak 3,465, dengan 172 kematian.

Naib Menteri Kesihatan, Ernesto Carrasco menyatakan, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 97 kes baharu dilaporkan dengan 27 kematian dicatatkan.

Tags: Covid-19DuniaPenyakitwabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd