Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran Imunisasi Mungkin Dinilai...

PUTRAJAYA - Kerajaan mungkin menilai semula dasar pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

MB Terengganu Bentang Bajet...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2018 dianggarkan sebanyak RM1.996...

Projek Tebatan Banjir Lembah...

CAMERON HIGHLANDS - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan...

Katil ICU Untuk Pesakit COVID-19 Mula Diedar

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada 100 katil untuk ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19 yang tiba dari China awal pagi kelmarin, mula diedarkan ke hospital-hospital kerajaan semalam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kementeriannya sebelum itu terpaksa meminta bantuan Pihak Berkuasa Penerbangan China (CAAC) supaya membenarkan syarikat AirAsia Kargo mendarat di Tianjing dan Beijing untuk mengangkut kemudahan terbabit.

Beliau menjelaskan, katil elektrik berkenaan ditempah khas dari syarikat Pukang Medical Equipment, iaitu sebuah pengilang kelengkapan perubatan terbesar di Hebei, China menerusi pembiayaan Yayasan Petronas.

Ketika ini, katanya, kebanyakan negara termasuk Itali, Sepanyol, United Kingdom (UK) an Amerika Syarikat tertumpu ke China untuk mengimport katil ICU bagi kegunaan di negara masing-masing.

“Untuk membawa masuk 100 katil ICU yang beratnya 250 kilogram (kg) setiap unit ini bukanlah perkara yang mudah, hanya dapat diangkut ke Malaysia dengan menggunakan tiga pesawat.

“Memandangkan CAAC telah menyekat kemasukan warganegara asing sejak 28 Mac lalu, Kementerian Pengangkutan terpaksa meminta bantuan CAAC supaya membenarkan AirAsia Kargo untuk berlepas ke Tianjin dan Beijing untuk memunggah semua 100 katil ICU itu ke Malaysia secara berperingkat.


“Akhirnya CAAC mengizinkan pesawat pertama AirAsia, jenis Airbus330 terbang ke Tianjin kelmarin untuk mengangkut 28 katil ICU memandangkan saiz katil ini terlalu besar dan mencapai muatan maksimum pesawat.

“Kita masih lagi menanti isyarat daripada CAAC untuk mengatur pesawat AirAsia bagi mengangkut baki 72 katil ICU dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi hantar di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Sambil berharap kemudahan itu dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan, beliau berterima kasih kepada Yayasan Petronas, AirAsia Kargo, Kedutaan China di Malaysia dan Wisma Putra yang mempermudahkan urusan membawa masuk katil berkenaan. – BH Online

Kategori