Sample Page Title

GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria akur dengan sistem perundangan negara dan akan lebih berhati-hati selepas ini dalam apa juga perkara berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua pemimpin itu kesal dengan tindakan dilakukan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi pelanggaran perintah yang dilaksanakan kerajaan itu.

“Saya akur dengan perundangan dan sistem kehakiman di negara ini, selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” kata Noor Azmi ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ahli Parlimen Bagan Serai itu bersama Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik atas kesalahan ingkar PKP dalam satu majlis di Lenggong pada 17 April lalu.

Kedua-duanya diperintahkan membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal bayar.

Noor Azmi turut mengulangi permohonan maaf atas kekhilafan dilakukan berhubung majlis berkenaan.

“Semua dah selesai, saya mohon maaf dan ucap terima kasih kepada yang menyokong dan mendoakan saya.

“Saya akan teruskan perjuangan untuk berikan kesihatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Minggu lalu, tular di media sosial gambar kedua-dua pemimpin itu sedang makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong ketika PKP dilaksanakan.

Tindakan mereka mengundang kecaman orang ramai yang meminta pihak berkuasa supaya tidak ‘memilih bulu’ dalam mengambil tindakan. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...