• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Aktif Covid-19 Menurun

oleh
28/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENINGKATAN kes yang pulih daripada Covid-19 menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan PKP fasa tiga akan memasuki fasa empat esok dan jumlah kes harian menunjukkan tren penurunan dan kadangkala mendatar.

“Ini sekali gus berjaya meratakan lengkung dan negara kini memasuki fasa pemulihan.

“Contohnya jumlah kes aktif pada hari ini adalah 1,719 kes berbanding kes aktif tertinggi 2,596 kes pada 5 April lalu,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, pencapaian itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif kerajaan dalam aktiviti pembendungan penularan Covid-19 sepanjang tempoh sebelum dan ketika PKP.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Ini dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia termasuk kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan di hospital.

“PKP membantu mengurangkan interaksi antara masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19.

“KKM dengan pelbagai agensi menggunakan pendekatan tertumpu bagi kumpulan yang berisiko tinggi bagi aktiviti pengesanan kes secara aktif,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu termasuk pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi dan rawatan bagi individu dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Ini juga termasuk pengesanan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan perhimpunan besar-besaran yang lain, pengesanan sekolah serta madrasah tahfiz,” katanya.

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd