• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jalan Pergi Bilik Air Pun Sesak Nafas”

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“BAYANGKAN saya nak berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduk atau berus gigi pun rasa penat sangat dan tidak cukup nafas…masa itu rasa takut dan sedih terhadap kemungkinan yang ada,” kata seorang bekas pesakit COVID-19.

Misni Aryani Muhamad, 59, berkata beliau yang sememangnya mempunyai masalah asma menghidapi radang paru-paru selepas dijangkiti COVID-19 dan dikuarantin pada 2 Mac lalu.

Ibu kepada tiga anak yang juga pengurus di syarikat telekomunikasi TIMEdotCom Bhd, berkata disebabkan radang paru-paru yang dihidapinya itu, beliau terpaksa bernafas dengan bantuan pernafasan oksigen sepanjang 13 hari menerima rawatan wad isolasi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini.

“Saya dijangkiti COVID-19 pada tahap empat di mana terpaksa menggunakan bantuan pernafasan melalui tiub oksigen akibat radang paru-paru yang dialami kesan daripada wabak ini.

“Gejala paling ketara yang dihadapi ialah kesukaran bernafas…saya tidak boleh melakukan dua aktiviti sekali gus…contohnya jika nak ambil wuduk, saya boleh buat itu sahaja dan berehat dulu sebelum nak buat aktiviti lain,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Misni Aryani berkata, sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dan ia suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Katanya, antara gejala lain yang dialaminya ialah demam panas, sakit tekak bermula 27 Februari lalu disusuli dengan hilang selera makan namun keadaan semakin baik selepas empat hari menerima rawatan.

“Namun hasil pemeriksaan sinar X saya tidak begitu cantik kerana paru-paru saya masih lagi kelihatan mendung…ketika itu saya fikir, adakah kesihatan semakin baik atau tidak sebab demam dah baik namun paru-paru dan bacaan oksigen masih di bawah paras normal iaitu 95.

“Tetapi saya bersyukur kerana suami yang turut sama-sama berada di wad isolasi sering memberi sokongan moral dan mendoakan kesihatan saya dan kami juga sering beribadat bersama-sama sepanjang tempoh 13 hari di hospital,” katanya.

Selain itu, kebimbangan dirinya juga terubat apabila anak dan dua cucunya berusia setahun setengah dan empat tahun kerap menghubungi beliau melalui panggilan video bagi menghiburkannya.

Melihat setiap kali doktor dan jururawat yang terpaksa menggunakan pakaian perlindungan peribadi (PPE) dalam keadaan rumit demi memberikan rawatan terbaik buat pesakit COVID-19 termasuk dirinya membuatkan Misni Aryani benar-benar tersentuh.

Katanya, beliau amat menghargai segala usaha dilaksanakan barisan hadapan dan memberikan pujian terhadap rawatan serta pemeriksaan yang sangat teliti diberikan kepada pesakit COVID-19.

“Ini adalah kali pertama saya dimasukkan ke wad hospital kerajaan kerana selama ini kita menggunakan kemudahan diberikan syarikat yang menanggung kos di hospital swasta.

“Semua doktor sangat baik dan kelengkapan di Hospital Sungai Buloh juga sangat moden…saya amat kagum dengan perkhidmatan dan pengetahuan mereka dan mahu mengucapkan terima kasih khususnya kepada Dr Najmah, Dr Yasmin, Dr Arisah, Dr Haykal dan Dr Lee,” katanya. – BH Online

Tags: bekas pesakitCovid-19koronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd