• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan Pesakit Maksimum COVID-19

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di lapangan hybrid (FHyICU) adalah persediaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan bilangan pesakit maksimum COVID-19 apabila ia tiba ke kemuncak jangkitan.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Tauran Zaidi Ahmad Zaidi, berkata inisiatif berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta UEM Edgenta Berhad.

Katanya, inisiatif berkenaan hanya akan diguna pakai bagi menghadapi keadaan luar jangka seperti yang berlaku di Itali.

“Inisiatif ini adalah untuk keadaan yang paling teruk (worst case scenario). Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia dan dan pihak universiti boleh mencetak seberapa banyak unit yang diperlukan.

“Supaya orang ramai tahu, bahawa kita sudah bersedia,” katanya kepada pemberita pada sesi soal jawab selepas Taklimat Media Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan, di sini, hari ini.

Pada program yang dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, itu, pihak media dan pegawai KKM dimaklumkan mengenai pembangunan prototaip peranti perubatan alat bantuan pernafasan menggunakan teknologi pencetakan 3D dan peranti prototaip kit perkongsian alat bantuan pernafasan (splitter kit), dengan kerjasama UTM, untuk membolehkan alat bantuan pernafasan sama bagi dua atau lebih pesakit.

Selain itu, pihak media juga diberi taklimat mengenai penggunaan FHyICU yang boleh digunakan di lapangan, sebagai sokongan kepada penggunaan tinggi ICU di hospital kerajaan sepanjang penularan wabak COVID-19.

Tauran Zaidi berkata, kemudahan FHyICU yang dibangunkan dengan kerjasama UEM Edgenta Berhad itu pula akan diuji melalui projek rintis yang akan dimulakan di beberapa hospital kerajaan seawal minggu hadapan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa hospital yang berpotensi untuk dilengkapi dengan FHyICU, namun ia bergantung kepada kelulusan pihak atasan KKM.

Katanya, walaupun KKM mempunyai bilangan ICU mencukupi namun kekurangan wad berkenaan boleh berlaku sekiranya ada peningkatan mendadak di sesetengah hospital.

“Konsep meletakkan wad ICU ini kita melihat bagaimana perkembangan pertambahan pesakit dan kita akan cuba letak an di hospital berkenaan.

“Contohnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) antara tempat yang berkemungkinan boleh diletakkan FHyICU.

“Dari segi kos, ia akan dibincangkan tetapi ia lebih murah berbanding kos perlu dibayar jika kita bina ICU di hospital,” katanya.

Tauran Zaidi berkata, kos untuk FHyICU yang dilengkapi 10 katil serta kelengkapan sama seperti was ICU di hospital, adalah antara RM1 hingga RM2 juta selain direka bentuk mengikut piawaian antarabangsa dan negara ini.

Beliau berkata, selain untuk rawatan COVID-19, FHyICU juga boleh digunakan untuk wad pengasingan biasa selain projek lain selepas wabak COVID-19 dikawal.

Katanya, pembangunan FHyICU juga mengambil kira konsep hospital lapangan tentera dan setakat ini Malaysia mempunyai teknologi yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diambil dari Turki.

“Kalau kita tengok, Malaysia boleh membina sendiri was ICU lapangan atau bilik bedah dengan kos rendah, menggunakan kepakaran tempatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, penggunaan FHyICU boleh mengurangkan risiko kerana tidak perlu membuat pengubahsuaian terhadap was ICU di hospital sedia ada. – BH Online

Tags: Covid-19FHyICUICUKKMUEM EdgentaUTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Pekerja Asing Berpesta Songkran

Next Post

2 Sub Kluster Saling Berkaitan Di Kuantan

Related Posts

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pihaknya tidak berhasrat menubuhkan Majlis Pemantauan Vape Malaysia, sebaliknya cadangan itu dikemukakan pemain industri...

Next Post

2 Sub Kluster Saling Berkaitan Di Kuantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd