• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Rakam Penugasan SJR Boleh Dikenakan Tindakan

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan anggota polis di sekatan jalan raya dengan niat untuk memberi persepsi negatif dalam media sosial boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukanlah suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai.

“Sebaliknya mereka (anggota polis) melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi keselamatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, pegawai dan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya amat mudah terdedah untuk dijangkiti COVID-19.

“Oleh itu, mana-mana individu yang berniat untuk berbuat demikian (rakam dan ambil gambar untuk burukkan imej polis) diberi peringatan keras, ingatlah bahawa di luar sana banyak pihak yang memerhati anda untuk ditangkap.

“Sekiranya mereka keluar untuk memberi barangan tiada masalah tetapi jika sengaja keluar untuk merakam sekatan jalan raya sudah jadi satu kesalahan kerana tugas polis yang menjalankan kewajipannya bukanlah satu bahan untuk difilemkan atau ditayang,” katanya.

Beliau berkata PDRM juga sentiasa memastikan keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya serta mereka juga perlu mematuhi jarak sosial.

Abdul Hamid berkata beliau telah turun padang untuk memastikan kesemua anggota mempunyai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman ada di setiap sekatan jalan raya.

“Setiap kali mereka menahan kereta, mereka tidak rapat serta sentuh pada bahagian badan kereta dan prosedur operasi standard itu telah ada. Mereka hanya bertanya kepada pemandu hendak ke mana dan selepas itu anggota saya segera membersihkan tangan mereka,” katanya. 

Tags: anggota polisperintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd