• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ihya’ Ramadan Tak Dibenar Di Masjid, Surau Di Selangor

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua program Ihya’ Ramadan melibatkan masjid dan surau dengan jemaah dan orang ramai termasuk pengedaran bubur lambuk, program buka puasa, memasak dan mengagih juadah berbuka puasa secara pandu lalu tidak dibenarkan di Selangor.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keputusan tersebut tertakluk kepada ketetapan terbaharu yang akan dikuatkuasakan pihaknya dari semasa ke semasa.

Menurutnya, mana-mana kutipan bagi penganjuran program Ihya’ Ramadan diterima masjid dan surau sebelum ini boleh ditangguhkan penggunaannya untuk tahun berikutnya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Masjid dan surau boleh meneruskan program sumbangan prihatin kepada ahli kariah termasuk anak yatim yang memerlukan berdasarkan keupayaan kewangan masing-masing.

“Kaedah penyampaian adalah tertakluk garis panduan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikeluarkan JAIS pada 2 April lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, bagi memastikan rumah ibadat turut terlibat secara aktif dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19), pihaknya menasihatkan jawatankuasa menyalurkan sumbangan tunai ke akaun penerima secara ‘electronic fund transfer’ (EFT) atau memindahkan wang secara dalam talian.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, laungan azan hendaklah terus berkumandang bagi menandakan waktu solat, namun selepas azan Magrib dan Isyak sepanjang bulan Ramadan, bilal hendaklah membuat pengumuman meminta semua ahli kariah menunaikan solat sunat tarawih di rumah.

“Hanya imam, bilal dan siak yang bertugas boleh solat tarawih yang hukumnya sunat muakkad di masjid dan surau sepanjang Ramadan, namun menggunakan pembesar suara di dalam ruang solat sahaja.

“Tidak dihadkan jumlah rakaat solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat tapi ahli kariah hendaklah solat di rumah masing-masing.

“Satu panduan berbentuk Nota Khas Panduan Pelaksanaan Solat Sunat Tarawih di rumah dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan JAIS akan dihebahkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, imam, bilal dan siak boleh melaksanakan tadarus al-Quran selepas selesai menunaikan solat tarawih dengan menggunakan pembesar suara luar menara namun tidak melebihi jam 10.30 malam.

Katanya, tadarus al-Quran pada waktu-waktu lain boleh dibuat namun tidak boleh menggunakan pembesar suara luar.

“Pengurus masjid boleh mengambil inisiatif mengadakan tazkirah dalam talian melalui ‘live’ Facebook masjid masing-masing pada waktu yang difikirkan sesuai seperti sebelum atau selepas Zuhur sebelum azan Isyak atau selepas solat sunat tarawih.

“Masjid daerah dan masjid diraja boleh memasang bacaan ayat al-Quran 15 minit sebelum azan Maghrib menggunakan pembesar suara luar pada kadar ‘mid volume’,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan JAIS mengambil ketetapan tersebut susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui kenyataan akhbar disiarkan Isnin lalu.

Dalam kenyataan itu, baginda menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan 6.5 juta penduduk di Selangor yang mungkin akan terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19 jika langkah pencegahan tidak diambil dengan bersungguh-sungguh.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin memperkenankan tempoh penangguhan solat Jumaat, berjemaah dan aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid dan surau di negeri ini dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas atas titah baginda bersama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan JAIS bagi mendapatkan maklum balas terkini berhubung ancaman wabak Covid-19 di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya wabak itu dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal, maka satu arahan baharu akan dikeluarkan. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Ihya' RamadhanJAISperintah kawalan pergerakanselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd