• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar COVID-19 Penuhi Ruang Udara KLCC

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik gambar bertindih virus COVID-19 memenuhi ruang udara KLCC di Twitter dan Facebook hari ini, menerima ribuan reaksi positif.

Beliau turut melontarkan soalan: “Jika anda dapat lihat virus COVID-19 menular dan terzahir seperti ini, adakah anda akan keluar rumah?”

Gambar itu, yang turut diiringi kenyataan “Buat keputusan bijak. Duduk di rumah. Putuskan rantaian COVID-19” dikongsi lebih 6,600 pengguna Facebook dan diulang ciap oleh 25,500 pengguna Twitter dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

Sejumlah 18,000 daripada 22,000 memberi reaksi menyukai kenyataan itu dengan 4,300 memberi tanda “love” dalam Facebook manakala lebih 19,000 menyukainya di Twitter.

Di Twitter, @PutriLea3 berkata dia tidak berani keluar walaupun COVID-19 tidak dapat dilihat manakala @adisofri berharap semua orang duduk di rumah supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan lagi.

“Fikirkanlah juga kepada mereka yang bekerja mencari rezeki secara harian. Jangan pentingkan diri. Ikut saranan,” katanya.

@daksempoi500 pula berkata: “Terbaik DG. Kena lukis gambar juga baharu depa ini faham.”

Ramai turut mendoakan Dr Noor Hisham dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta petugas barisan hadapan sentiasa selamat, sihat dan dijauhi wabak COVID-19.

@abgirwan berkata: “I pray that Datuk Dr Hisham & team are well & safe. We are indebted to your for your fine services and sacrifice.”

Tags: Covid-19Dr Noor HishamKLCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd