Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Afdlin Shauki Intai Pasaran...

PETALING JAYA - Pengarah filem Afdlin Shauki memberitahu projek terbaharunya iaitu sebuah filem...

Liow Gesa Penyokong BN...

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa penyokong Barisan...

Kebakaran Hutan Israel Akan...

TEL AVIV - Kebakaran hutan yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini di...

Selangor Sedia Tong Kitar...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 30 lokasi bazar Ramadan di...

Duduk Rumah, Beli Sahaja Sayur Secara Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Sejurus kerajaan mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu rakyat Malaysia kena ‘duduk rumah’, situasi panik boleh dilihat apabila sesetengah orang membuat pembelian panik barang keperluan dapur di pasar raya.

Ini berlaku kerana mereka bimbang sekiranya bekalan makanan tidak mencukupi, meskipun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memberi jaminan bahawa situasi itu tidak akan terjadi.

Bagaimanapun selepas dua minggu perintah itu dikuat kuasa, rakyat Malaysia dilihat tidak lagi sebegitu ghairah menyerbu pasar raya untuk mendapatkan barangan dapur dan keperluan lain jika dibandingkan dengan minggu pertama, malah kini mereka lebih cenderung menggunakan perkhidmatan dalam talian termasuk servis ‘personal shopper’.

Antara mereka yang menjayakan khidmat ini ialah Muhammad Rizanizam Abdul Hamid, bekas wartawan yang menawarkan perkhidmatan bagi membantu membelikan barangan runcit yang dipinta oleh pelanggan dengan caj minimum di kawasan sekitar Melaka.

“Walau diupah membeli barang, aku seboleh-bolehnya cari yang murah (bila pelanggan tidak spesifikkan jenama) dan bandingkan harga sebab tahu susahnya cari duit. Aku tetap cuba berjimat untuk mereka dengan cadangan pasar raya mana yang murah dan berkualiti kerana aku puas bila dapat beli dengan harga yang murah,” katanya dalam status Facebook Reza Nizam miliknya.

Dalam Twitter, taip sahaja ‘personal shopper barang dapur’ atau ‘personal shopper groceries’, anda akan menemui ramai individu yang menawarkan servis yang sama dengan Reza di pelbagai kawasan, malah ada yang menyediakan terus pakej lengkap seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Untuk Lembah Klang, kedai dalam talian seperti Lazada juga menawarkan sayur-sayuran yang dipetik dari ladang di Cameron Highlands dengan harga RM29 satu set dan semua pesanan yang dibuat sebelum 12 tengah hari akan dihantar antara jam 3 petang ke jam 8 malam keesokan harinya.

Satu daripada set yang disediakan, ‘Great for stir fry cooking & making your own kimchi, radish & capsicums’, mempunyai 500 gram sawi tempatan, lobak putih 500gm, kubis Cina 1kg, lada benggala 300gm, sawi Jepun 350gm dan timun Jepun atau Kyuri 1kg.


Pasar raya besar seperti Tesco juga menawarkan penghantaran terus ke depan pintu rumah dengan hanya perlu memilih slot kosong untuk penghantaran, malah kedai-kedai runcit kecil seperti di Ukay Perdana juga menyediakan servis penghantaran dengan hanya membuat panggilan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, farmasi serbaneka seperti Watsons dan Guardian, selain Caring Pharmacy juga mempunyai kedai dalam talian masing-masing.

Malah orang ramai juga boleh membuat pesanan barangan farmasi melalui GrabFood.

Perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda pula melaksanakan ‘contactless delivery’ ataupun penghantaran tanpa sentuh sepanjang PKP bagi mengurangkan risiko dan interaksi sesama manusia dan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan apabila menggunakan perkhidmatan mereka.

Dengan permintaan yang agak tinggi sepanjang musim perintah ini berlangsung, penghantaran mungkin mengambil sedikit masa, namun yang penting ia lebih selamat dan orang ramai sendiri, selamat duduk di rumah.

Kategori