• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Perlima Populasi Dunia Kena Lockdown

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Langkah lockdown bertujuan untuk menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19) telah diperluaskan ke seluruh dunia susulan lonjakan jumlah kematian global mencecah 37,878 dan peningkatan mendadak lebih 800,000 kes jangkitan.

Ketika ini, kira-kira dua perlima daripada populasi 7.8 bilion penduduk di seluruh dunia berdepan perintah duduk di rumah untuk membendung penularan wabak tersebut.

Rusia dan Nigeria mengikut jejak negara lain yang telah melaksanakan lockdown manakala Virginia dan Maryland menjadi negeri terbaharu di AS yang mengumumkan perintah duduk di rumah diikuti Washington sekali gus menjadikan tiga perempat daripada 327 juta penduduk di negara itu berdepan dengan langkah tegas tersebut.

Kebanyakan penduduk global terutamanya di bandar miskin Afrika dan Asia berdepan kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian akibat perintah lockdown itu.

Lagos yang merupakan bandar terbesar di Afrika mengarahkan seluruh 21 juta penduduk duduk di rumah berkuat kuasa kelmarin selepas Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari mengumumkan perintah lockdown yang turut dilaksanakan di Abuja.

“Dua minggu adalah tempoh yang agak lama. Saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya,” kata pelajar, Abdul Rahim, 25, yang membantu ahli keluarganya menjual makanan di gerai pasar.

Selain itu, Zimbabwe yang mempunyai populasi 16 juta penduduk juga mula menguatkuasakan perintah lockdown selama tiga minggu.

“Ahli keluarga kami perlu diberi makan, namun tiada makanan. Bagaimana mereka berharap kami dapat bertahan sehingga perintah itu tamat?” kata peniaga sayur-sayuran di bandar Mbare, Irene Ruwisi. – Agensi

Tags: Covid-19koronaviruslockdownpenduduk dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd