• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Palsu: Polis Rakam Keterangan Ahli Parlimen Kuantan

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuantan kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kenyataan berserta video dimuat naik bekas Timbalan Menteri itu menerusi Facebook menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’.

“Imigresen Johor turut menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Gajet digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan turut dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Siasatan diklasfikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Huzir berkata pihaknya menahan seorang wanita semalam, kerana memuat naik dua kenyataan menerusi Facebooknya Khamis lalu, yang berunsurkan hasutan bagi mengugat keamanan negara.

Katanya, suspek dipercayai pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Wendy Shoo Wai Ching’ berusia 48 tahun.

“Gajet yang digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan masing-masing kerana kecenderungan menghasut dan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Huzir berkata hasil siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan termasuk berita yang berunsurkan hasutan bagi mengugat keselamatan awam.

“Polis tidak akan kompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan perkara sedemikian dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya. – BH Online

Tags: Bangunan Sultan Iskandarberita fitnahberita palsuFuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korban COVID-19 Di AS Melepasi Angka Mengerikan 20,000

Next Post

Pilih Antara Stail Rambut Vin Diesel, Ben Amir

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

Next Post

Pilih Antara Stail Rambut Vin Diesel, Ben Amir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd