• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Ketetapan Garis Panduan Sambutan Aidilfitri

oleh
30/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Garis panduan sambutan Aidilfitri masih dibincangkan dan belum ada sebarang keputusan rasmi mengenai pelaksanaannya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan itu akan dikemukakan mengikut perkembangan koronavirus (Covid-19) dalam negara apabila tiba waktu sesuai.

“Ada beberapa cadangan dikemukakan iaitu jika masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu lagi ketika Covid-19 melandai turun.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Selain itu, kita kena lihat pendirian terakhir kerajaan berkenaan PKP sama ada bersambung atau sebaliknya,” katanya mengulas berhubung penularan berita palsu mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP sejak kelmarin.

Beliau ditemui ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Asnaf di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati di sini hari ini.

Beliau berkata, perbincangan diteruskan bagi membolehkan perkembangan mengenainya di kemas kini dari masa ke masa sehingga mendapat kepastian sebenar.

“Kami akan berbincang bersama mufti, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan mereka yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sekurang-kurangnya perkara itu boleh dikemas kini dari masa ke masa dan kita akan kemukakan solusinya,” katanya.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP seperti yang tular di media sosial.

Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya, takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau tadbir itu boleh dirakam.

Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Tags: AidilfitriCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putrajaya Digegar Gempa Bumi

Next Post

Menyusun Langkah Bertemu Malam Al-Qadar

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Menyusun Langkah Bertemu Malam Al-Qadar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd