• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella, Aliff Aziz Rujuk Julai Tahun Lalu

oleh
28/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah mengesahkan sudah rujuk semula dengan suami yang juga penyanyi, Aliff Aziz pada Julai tahun lalu.

Sebelumnya, pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun yang sama.

Bagaimanapun, Bella yang terlebih dahulu berkongsi berita sudah kembali bersama penyanyi kelahiran Singapura itu di Twitter, kelmarin, tidak mahu lagi bercerita perkara sama.

“Kami rujuk Julai tahun lalu. Buat masa ini setakat itu saja saya mampu kongsi seperti di Twitter. Itu pun selepas beberapa hari berfikir. Saya rasa sudah memadai apa yang orang luar tahu sekarang. Selebihnya saya nak jalani hidup macam biasa sebab saya percaya masalah wabak Covid-19 ini jauh lebih penting dan harus kita ambil tahu.

“Sekiranya artikel demi artikel keluar, akan lebih ramai yang membuat dosa percuma kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menyumpah seranah. Itu yang kita cuba elakkan. Lagipun sekarang adalah Ramadan, bulan di mana kita mencari keredaan Allah dan memperbaiki diri.

“Saya cuba yang terbaik untuk simpan perkara ini dari tahun lalu kerana tahu ini yang akan terjadi di mana artikel akan keluar berlanjutan tanpa usul periksa netizen. Bukanlah saya yang nak menghebahkan, malah sudah belajar dari kesilapan lalu. Jika orang bercakap inilah akibatnya kalau suka mencanang hal rumah tangga, saya sebenarnya tidak pernah nak mencanang atau menagih simpati,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bella yang baru muncul dengan single Tenang, apa yang dibuat dahulu dengan mendedahkan sikap suaminya yang beberapa kali ‘kantoi’ dengan wanita termasuk dua pelakon semata-mata untuk memberi pengajaran.

“Apa yang dibuat dulu, saya gadaikan hal rumah tangga akibat orang ketiga. Itu pengajaran hebat bagi mereka yang ingat saya akan berdiam diri apabila tidak dipandang sebagai isteri dan dipijak-pijak.

“Itu pilihan saya waktu itu. Jadi, mereka tidak berani lagi mengulangi perkara sama selepas ini mahupun dengan suami orang lain,” katanya yang dikatakan hamil ketika ini.

Namun, apabila ditanya mengenai usia kandungannya kini, Bella belum bersedia untuk berkongsi.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram semalam, Bella yang juga pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh seakan memberi bayangan akan bersalin pada Julai ini.

Ia susulan pertanyaan daripada pengikut yang sedang menonton sesi siaran langsung itu.

“Saya punya ‘due date’ insya-Allah, Julai (sambil memperlahankan nada suara). Nantilah saya beritahu,” katanya.

Menerusi sesi sama, keputusan untuk kembali bersama suami adalah demi anak mereka, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

“Ada orang lain selepas bercerai jumpa orang lain. Itu jodoh dia. Tapi saya, ada hikmah di sebaliknya. Saya hanya nak yang terbaik untuk Ayden. Saya seronok melihat dia ada ibu bapa lengkap.

“Perpisahan lepas mematangkan kami. Menguatkan lagi kami dan memberi kesedaran. Kadang-kadang diduga perpisahan menjadikan kita lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, Bella juga menjawab pertanyaan peminat yang berharap Aliff tidak buat hal lagi.

“Saya bukan sempurna. Saya tidak alim. Saya bukan Tuhan untuk cakap Aliff sudah baik dan berubah. Saya tawakal dan reda untuk terima dia sebagai suami. Saya tak boleh jamin dia sudah baik sebab saya bukan malaikat. Dia kata nak berubah, kena aminkan. Saya sabar dan percaya manusia itu takkan sampai bila-bila jahat,” katanya.

Bella turut memaklumkan Aliff kini berada di Singapura.

Terdahulu, kisah pasangan itu kembali menjadi bualan apabila Bella memaklumkan sudah rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh edah dan sedang hamil menerusi komen yang dibalas kepada peminat di Instagram, kelmarin. – myMetro Online

Tags: Aliff Azizartis berceraibella astillahRujuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakaian Seragam Baharu AirAsia Lindungi Anak Kapal

Next Post

Pernah Dikata Bodoh Kerana Tolong Orang – Ebit Lew

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Next Post

Pernah Dikata Bodoh Kerana Tolong Orang - Ebit Lew

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd