• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Sektor Ekonomi Dibuka Semula Berperingkat

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang tempoh perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya memahami keadaan ekonomi negara terjejas kerana sekatan-sekatan dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob diwujudkan bagi meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih dibuka secara berperingkat.

“Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan PKP.

“PKP masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi,” katanya sewaktu menyampaikan perutusan khas kerajaan melalui saluran media rasmi hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kebenaran diberikan sekiranya terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar syarat peraturan.

“Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan semua sektor perniagaan yang dianggap tidak penting diarahkan menutup operasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Bagaimanapun, masih ada sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi di mana sektor-sektor itu merupakan bidang menjadi penggerak negara seperti air, elektrik, penyiaran, tenaga, komunikasi, pengangkutan, bahan api, peruncitan, bahan makanan dan sebagainya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakansektor ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd