• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangga Plasma Darah Jadi Serum Bantu Rawatan COVID-19

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ada hikmah di sebalik wabak ini, walaupun diuji dengan COVID-19 sebelum ini, saya bersyukur dapat menyumbang merawat pesakit yang sedang berjuang di hospital.”

Demikian menurut Chester Chang Chin Nam, 32, pesakit kes ke-18 COVID-19 yang sembuh dan kini menjadi penyumbang kedua plasma darah selepas plasma darahnya didapati sihat, sesuai serta memenuhi kriteria untuk dijadikan serum untuk merawat penyakit itu.

Pengurus pemasaran kasino itu menyifatkan dirinya cukup bertuah dan bangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat meskipun dirinya bukan seorang petugas barisan hadapan, ketika negara sedang dilanda jumlah kes yang semakin meningkat.

“Selepas saya sembuh dan discaj daripada hospital pada 19 Februari lepas, saya dikehendaki kembali ke hospital dua minggu kemudian untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan ketika itu, doktor mengambil sampel darah saya.

“Apabila saya mendapat panggilan daripada pihak hospital pada 6 April bahawa plasma darah saya sesuai untuk didermakan, tanpa berfikir panjang saya terus ke Pusat Darah Negara untuk tujuan itu keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, bukan semua bekas pesakit COVID-19 yang dapat menyumbang plasma, iaitu cecair kuning dalam darah yang mengandungi antibodi dan akan diproses sebelum diberikan kepada pesakit lain sebagai vaksin.

“Saya hanya boleh menderma maksimum 500 ml sahaja pada satu-satu masa dengan berat badan saya 75 kilogram. Selepas proses pendermaan, saya menerima sepucuk surat seolah-olah ‘sijil penghargaan’. Saya dibenarkan untuk kembali ke Pusat Darah Negara dua minggu akan datang untuk pendermaan kali kedua,” katanya.

Berikutan itu, beliau berharap agar lebih ramai bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh dan mempunyai kesihatan yang baik untuk tampil mendermakan darah, sekiranya memenuhi kriteria, untuk membantu merawat lebih ramai pesakit.

Berkongsi pengalamannya sebagai bekas pesakit COVID-19, Chang berkata beliau mula mengalami gejala demam pada 3 Februari selepas pulang ke Banting, Selangor daripada bertugas di Macau, China untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada 1 Februari.

“Selepas empat hari, demam, selesema dan batuk saya masih tidak baik, saya pergi ke klinik kesihatan dan doktor memberi bayangan bahawa saya dijangkiti COVID-19 setelah memberitahu sejarah perjalanan saya,” katanya.

Chang berkata, beliau dibawa ke Hospital Banting untuk menjalani saringan dan terus dikuarantin di hospital itu dan selepas keputusan didapati positif, dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 9 Februari.

“Empat hari pertama di HSB, saya sukar bernafas sehinggakan perlu diberi bantuan pernafasan, namun pada hari kelima kesihatan saya kembali normal namun saya masih diuji positif COVID-19 setelah dua kali saringan.

“Syukur pada hari ke-11 iaitu 19 Feb, saya disahkan bebas COVID-10 dan dibenarkan discaj,” katanya.

Katanya meskipun ramai yang memandang serong terhadapnya yang dijangkiti COVID-19, beliau tetap berfikiran positif.

“Ada yang bertindak ‘viral’ kan gambar saya dalam media sosial sehinggakan ahli keluarga saya pun tertekan. Saya ingin menasihatkan (pesakit) jangan ambil kisah akan perkara-perkara negatif di media sosial.

“Sentiasa berfikiran positif dan dengar cakap doktor jika mahu sembuh,” katanya.

Tags: Covid-19pesakitplasma darah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd