• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Nafi Pukul Orang Awam Ingkar PKP

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakan dipukul dan dicederakan oleh anggota pasukan keselamatan itu, ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsu dan mereka yang menyebarkannya boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.

“Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta, kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Affendi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung PKP, melalui Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautan https://t.me/MKNRasmi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar dan audio, yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera, kerana mengingkari PKP. 

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd