• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Nafi Pakai Topi Keledar Elak Air Kencing

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan anggotanya memakai topi keledar bagi mengelak air kencing warga asing di bangunan Selangor Mansion.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya memakai topi keledar di semua kawasan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa.

“Tidak ada sebarang arahan dikeluarkan untuk anggota berbuat demikian malah tidak ada perkara berkenaan untuk elak air kencing warga asing ketika bertugas.

“ATM hanya memakai helmet (topi keledar) untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata pemakaian topi keledar terhadap anggota ATM adalah bagi mengelak air kencing yang dibuang warga asing.

Laporan memetik sumber itu berkata, petugas terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Kata laporan itu, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah,“ katanya. – myMetro Online

Tags: Air KencingAngkatan Tentera MalaysiaCovid-19PKPDwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd